:: SEKADAR RENUNGAN::

"segala yang baik dijadikan amalan, segala yag buruk dijadikan sempadan." renung-renungkan...



Racun pada Rokok

Rokok mengandung kurang lebih 4000 elemen-elemen, dan setidaknya 200 diantaranya dinyatakan berbahaya bagi kesehatan. Racun utama pada rokok adalah tar, nikotin, dan karbon monoksida.

  • Tar adalah substansi hidrokarbon yang bersifat lengket dan menempel pada paru-paru.
  • Nikotin adalah zat adiktif yang mempengaruhi syaraf dan peredaran darah. Zat ini bersifat karsinogen, dan mampu memicu kanser paru-paru yang mematikan.
  • Karbon monoksida adalah zat yang mengikat hemoglobin dalam darah, membuat darah tidak mampu mengikat oksigen.

Efek Racun

Efek racun pada rokok ini membuat pengisap asap rokok mengalami resiko (dibanding yang tidak mengisap asap rokok):

  • 14x menderita kanker paru-paru, mulut, dan tenggorokan
  • 4x menderita kanker esophagus
  • 2x kanker kandung kemih
  • 2x serangan jantung

Rokok juga meningkatkan resiko kefatalan bagi penderita pneumonia dan gagal jantung, serta tekanan darah tinggi.

Batas Aman

Menggunakan rokok dengan kadar nikotin rendah tidak akan membantu, karena untuk mengikuti kemahuan akan zat adiktif itu, perokok cenderung menyedot asap rokok secara lebih keras, lebih dalam, dan lebih lama.

TIDAK ADA BATAS AMAN BAGI ORANG YANG TERPAPAR ASAP ROKOK.

Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling


Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok.


Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja member sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit.
Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki,jari, migrain,sakit kepala,pedih ulu hati, kekejangan otot kaki,serangan penyakit jantung dan sebagainya.


Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok:
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak

Faedah Berhenti Merokok
- Hidup lebih lama
- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.


Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Yakinkan diri
- Buat nota peringatan
- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
- Tumpukan pada hari ini
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Lawan keinginan untuk merokok
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok

"Setiap Sedutan, Membawa Padah"






KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK 5 KAL I:

  1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senagng dengan selalu membaca Al-Quran.
  2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan solat malam.
  3. Aku rumah yang penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
  4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
  5. Aku rumah pertanyaan mungkar dan nakir, maka bayaklah bacaan ”Laa ilahaillallah, Muhammad Rasulallah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

5 JENIS RACUN DAN 5 PENAWARNYA :

  1. Dunia itu racun, zuhuditu ubatnya.
  2. harta itu racun, zakat itu ubatnya.
  3. perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
  4. seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
  5. seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

ADA 4 PERKARA DI PANDANG SEBAGAI IBU :

  1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
  2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
  3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BERBUAT DOSA.
  4. Ibu dari segala CITA-CITA adalah SABAR.

BEBERAPA KATA RENUNGAN DARI AL-QURAN – ORANG YANG TIDAK MELAKUKAN SOLAT :

  1. SUBUH – dijauhkan cahaya muka yang bersinar.
  2. ZUHOR – tidak diberikan berkat dalam rezekinya.
  3. ASAR – Dijauhkan dari kesihatan dan kekuatan.
  4. MAGHRIB – Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
  5. ISYAK – Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.

Renung-renungkanlah....

opkim '09

Umat islam seluruh Negara telah melangkah masuk ke bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Rentetan daripada ketibaan Ramadhan, suasana baru yang tidak dapat dilihat pada bulan-bulan lain akan mengambil tempat.


Diantaranya melambangkan cirri ibadah puasa yang sebenar-benar tidak kurang juga puasa sebagai adat atau pesta tahunan.


Oleh itu, umat islam perlu benar-benar memahami falsafahpuasa yang searas dengan al-Quran dan sunah serta mengelakkan daripada menjadikan puasa hanya sebagai adapt tahunan sahaja.


Di antara ciri-ciri tingkah laku yang perlu dihindarkan kerana telah menjatuhkan martabat puasa kepada tahap adapt semasa ialah:

v Menyempitkan skop puasa hanya menahan makan dan minum pada siang hari sahaja. Sedang mata,hati, dan lidah tidak di tahan daripada melakukan dosa. Rasulallah s.a.w. bersabda: barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannyanya tatkala berpuasa, maka tiada hajat Allah baginya(kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya.(riwayat Al-Bukhari)

v Berpuasa pada siang hari sahaja daripada melakukan dosa dan maksiat. Selepas berbuka segala perbuatan maksiat sepertiengumpat, merokok, mencaci, melakukan zina mata diteruskan seperti biasa.

v Berlebih menyediakan juadah berbuka puasa sehingga melakukan pembaziran. Allah berfirma, Sesunguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara kepada syaitan. (Al-Isra’:27).

v Berlebih makan ketika berbuka sehingga meletihkan badan dan menghalang daripada melakukan ibadah di malamnya. Sikap bersederhana Rasulallah s.a.w di dalam berbuka puasa perlu dicontohi sebagaimana maksud hadis: Rasulallah s.a.wberbuka dengan kurma basah(rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rutab, maka tamar dan jika tiada , baginda meminum beberapa teguk air.(riwayat Abu Daud,Ahmad & Al-Tirmidzi)

v Malas menghidupkan malam ramadhan dengan ibadah sunat seperti melakukan solat terawih, solat malam dan sebagainya.

v Terdorong untuk bersolat terwaih kerana sandaran kepada hadis palsu yang menyatakan kelebihan bersolat terawihpada setiap malam. Untuk itu, pihak berkuasa agama perlu menghindarkan penyebaran hadis ini daripada berleluasa seperti tahun-tahun dahulu.

v Mengabaikan ibadah malam bermula dengan solat jemaah maghrib, insyak dan terawih kerana sibuk menonton televisyen atau kerana urusan-urusan lain.

v Malas bekerja dan tidak produktif ketika berpuasa dengan alasan keletihan. Bayangkan bagaimana nabi s.a.w dan para sahabat berperang Badar dengan nisbah 300 melawan 1000 orang.

v Malas membaca al-Quran atau menghadkan bacaan pada surah Yasiin sahaja. Sedangkan baginda S.a.w senantiasa menyemak dan mengkhatamkan al-Quran sekali di dalam bulan Ramadhan dengan Jibrail a.s.

v Malas berdoa sedangkan doa orang yang berpuasa akan di makbul oleh allah bedasarkan sabda nabi s.a.w : sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya., adalah waktu doa yang tidak ditolak.(riwayat Ibn Majah)

v Mengabai serta meninggalkan peluang beribadat pada 10 malam terakhir Ramadhan kerana sibuk dengan persiapan menyambut hari raya.

v Tidak bersedih dengan berakhirnya bulan Ramadhan. Juga tidak bimbang sekiranya tidak dapat bertemu Ramadhan yang akan datang.

v Memiliki kepercayaan-kepercayaan karut tentang kepulangan roh yang telah mati pada bulan ramadhan. Sedangkan kepercayaan tersebut adalah bertentangan dengan konsep roh dan alam barzakh(al-Mukminun :99-100)

v Kepercayaan kepada perlunya menyalakan pelita pada malam 7 likur. Akibat kepercayaan ini islam telah terfitnah dengan tohmahan pihak tertentu yang mengatakan malaikat orang islam rabun malam. Oleh sebab itu pelita perlu di nyalakan sebagai panduan kepada malaikat yang turun membawa berkat.

v Tidak menunaikan sembahyang fardhu ketika berpuasa atau hanya bersolat pada bulan ramadhan sahaja. Sabda nabi s.a.w : Beza di antara seorang muslim dengan syirik serta kekufuran adalah meninggalkan solat.(riwayat muslim). Menurut sebahagian ulama salaf, orang yang meninggalkan solat dengan sengajadihukum kafir. Maka sudah pasti amalan puasa orang kafir tidak akan diterima oleh Allah.

v Memusnahkan pahala puasa sebulan dengansambutan hari raya yang melampau sehingga melakukan maksiat.


Ini adalah di antara beberapa kesalahan yang biasa dilakukan oleh umat islam semasa menjalankan ibadah puasa yang telah merendahkan martabat bulan Ramadhan. Oleh itu, kita perlu menghindarkan perkara-perkara tersebut demi menjamin pahala yang berganda di bulan ini.

Ini berdasarkan sbda baginda s.a.w yang bermaksud :

“ barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, di ampun baginya dosa-dosanya yang telah lepas .” (riwayat Al-Bukhari).

Seorang pengangkut air memiliki 2 tempayan besar di maa kedua-duanya tergantung pada hujung pengandar di bahunya. Satu daripada tempayan itu etak, sedangkan yang sau lagi tidak. Jika tempayan yang retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan yang eak itu hanya dapat membawa air setengah sahaja.

Selama 2 tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si pengangkut air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu shaja tempayan yang idak retak merasa bangga di atas prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali di atas ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari kemampuan yang ia miliki.

Setelah 2 tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, si tempayan retak itu berkata kepada si pengangkut air :

“ saya sungguh malu pada diri saya sendiri dan ingin memohon maaf. “

“ Kenapa? “ Tanya si pengangkut air.

“Kenapa kamu berasa malu?”

”Selama 2 tahun ini saya hanya mampu membawa setega air daripada yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi badan saya. Ini membuat air yang saya bawa bocor sepanjang perjalanan ke rumah majikan. Kerana kecacatan itu saya telah membuatmu rugi ”, kata tempayan yang retak itu.


Si pengangkut air merasa kasihan kepada tempayan retak, dan dalam belas ksihannya, dia berkata :

” jika kita kembali ke rumah majikan esok, aku ingiamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan.”

Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memperhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang jalan dan membuatkannya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan ia kembali sedih kerana separuh air yang di bawanya telah bocor. Tempayan retak itu kembali meminta maaf kepada si pengangkut air di atas kegagalannya. Si pengangkut air berkata kepada tempayan itu :

“ Apakah kamu mmperhatikan ad bunga-bunga indah di sepanjang alan di sisimu tetapi tiada bunga di sepanjang alan di sisi tempayan yang tidak retak itu? Itu kerana aku telah menyedari akan kecacatanku itu dan aku maafkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu dan setiap hari jika berjalan pulang dari mata air, bahagian kamu yang retak akan mengairi benih-benih itu. Selama 2 tahun ini aku memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Sesungguhnya tanpa kamu, majikan kita tidak dapat menghias rmahnya seindah begini. “

p/s : lihat Maha Adilnya Allah swt , setiap kelemahan kita Allah swt gantikan dengan kelebihan yang mungkin tiada pada orang lain. Terima kasih Allah swt, kami sayangMu.

Seringkali kita mendengar kisah kasih saying RasulAllah s.a.w, kisah Rasulullah ds.a.w di saat akhir ematiannya masih bertanyakan kepada jibrail tentang umatnya. Nabi tersenyum bia Jibrail berkata bahawa umat Muhammad s.a.w akan dihisab terlebih dahulu daripada umat nabi-nabi yang lain dan kalimat akhir yang keluar daripada mulut Nabi adalah “Umatku,Umatku, Umatku.” Berikut adalan beberapa kisah berkenaan kasih dan saying Rasulullah s.a.w terhadap umatnya.

SUASANA DI PADANG MAHSYAR


Setelah berada di padang mahsyar begitu lama dengan segala kepayahan barulah manusia baru teringat meminta tolong kepada Nabi adam a.s supya disegerakan perbicaran. Selepas 1000 tahun perjalanan, berjumpalah mereka dengan Nabi Adam a.s tetapi Nabi Adam tidak dapat membantu.

Kemudian mereka berjumpa pula dengan Nabi Nuh a.s dengan perjalanan 1000 tahun namun Nabi Nuh a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa pula dengan Nabi Ibrahim a.s dengan perjalanan 1000 tahun namun Nabi Ibrahim a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa pula dengan Nabi Musa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Musa a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa pula dengan Nabi Isa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Isa a.s pun tidak mampu. Nabi Isa a.s menyuruh mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad S.a.w.

Lalu mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad dengan perjalanan 1000 tahun. Mereka berkata,

”Wahai Nabi Muhammad, engkau adalah pesuruh Allah, penutup para Nabi & Rasul, berilah pertolongan kepada kami agar kami segera di hisab.”

Jawab Nabi Muhammad saw,

”Aku akan tolong kamu semua.”

Rasulullah saw pun bangun dan menuju ke Arasy. Kemudian baginda sujud kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG dan GAGAH selama seminggu. Allah swt pun berfirman,

” Ya Muhammad, angkatlah kepalamu dan mintalah apa yang engkau mahu minta.

Aku akan kabulkan permintaanmu.”

Rasulullah saw menjawab,

” wahai tuhan ,ini umatku, segerakan kiraan dan pengadilan ke atas hamba-hambamu yang telah sekian lama tertahan di padang Mahsyar dalam keadaan terhina dan tersiksa sekali.”

TITIAN SIRAT

Setelah selesai menjalani perbicaraan, mereka menuju pula ke titian yang terentang di atas neraka Jahannam. Keadaan titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang. Tidak ada seorang pun terlepas daripada melintasi titian itu. Panjang titian itu sejauh perjalanan 3000 tahun, 1000 tahun naik ke atas, 1000 tahun mendatar, 1000 tahun menurun (1 tahun di akhirat == 365 ribu tahun di dunia) . mereka yang lalu dia atasnya berada dalam keadaan senyap sunyi kerana terlalu bimbang dan cemas. Hanya Rasulallah saw yang mengucapkan kalimah,

“ Ya ALLAH , selamatkanlah Umatku, selamatkanlah Umatku, selamatkanlah Umatku “.

TINGKATAN NERAKA

Neraka ada 7 tingkat iaitu Neraka Hawiah,Neraka Jahim, Neraka Saqar, Neraka Ladza, Neraka Hutamah, Neraka Sa’ir, Neraka Jahanam. Neraka Jahanam adalah neraka yang teratassekali, untuk umat Nabi Muhammad saw yang sombong dan matinya tidak sempat bertaubat. Apabila Rasulullah saw mendengar Jibrail mengatakan Neraka Jahanam untuk umat Rasulullah yang sombong, Baginda pengsan. Bila sudah sedar Baginda bersabda,

“wahai Jibrail, masih adakah antara umatku yang masuk neaka?”

Jibrail menjawab,

“Ya, iaitu neraka yang melakukan dosa-dosa besar dengan sengaja seperti minum arak, judi, zina , riba’, hasad dengki, pemarah, gila dunia, gila pangkat dan lain-lain.”

Rasulullah saw pun menangis dan Jibrail pun ikut menangis sama.

Adakah kita sayang Rasulullah saw sepertimana sayangnya Rasulullah saw kepada kita?

p/s : ingatlah wahai pemuda-pemudi islam,.... Rasulullah saw mempertahankan islam dengan air mata dan darah... cuba Tanya pada diri sendiri , apa usaha yang telah kita lakukan untuk mempertahankan islam….



Muharram
Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya.
Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya menjadi susah. Walaupunbegitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.

RabiulAwal
Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras, dan mudah marah.


RabiulAkhir
Perwatakanya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JamadilAwal
Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan nekad. Kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walau begitu, keberanian dan tekadnya akan menunjukan hasil usahanya, kadangkala menemui kegagalan juga .


JamadilAkhir.
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila dia tahu dia benar, pendirianya keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidik dengan baik agar dapat menerapkan nilai-nilai yang baik.
Ketika dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa .

Syaaban
Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam segala dalam kerjayanya dan mudah mendapat rezeki .

Ramadhan.
Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakan keras. Hatinya keras. Tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya, jika tidak, kehidupanya menjadi susah kerana perangai keras hatinya dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia terlalu banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Zulhijah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika dia baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaanya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah,dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatanya.
Dia seringkali menyesal kerana kurang pertimbangan

KASIH manusia sering bermusim,
sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti.

ITULAH sedikit dari bait-bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang…

  • Kuat agamanya
    Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.
  • Baik akhlaknya
    Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.
  • Tegas mempertahankan maruah
    Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?
  • Amanah
    Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.
  • Pemurah tetapi tidak boros
    Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.
  • Tidak liar matanya
    Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.
  • Terbatas pergaulan
    Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.
  • Rakan pergaulannya
    Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.
  • Bertanggungjawab
    Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.
  • Tenang wajah
    Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika diintai oleh calon yang demikian sifatnya.

Calendar

Sudoku Puzzles

..::FoLLoW3r::..

About Me

My Photo
W@n!
Nama diberi Norhazwani binti Rom. bley ja panggey aku wani. umah aku kat Sik. dok ngan mak abah and adik2. abg2 aku da ada umah sndri da coz dpa dah kawin. aku lom kawen lagi but COMING SOON la.. hehe. aku anak ke-3 drpd 5 adk bradik.aku sowang ja pompuan lam fameli tu n da tntu la mak aku pon pompuan gak... kan2? aku lahir kat umah. time tu umah aku kat Gurun. tanggal 16 Januari 1989. haha awl kan aku kuaq.. xsabaq nak nengok dunia la tu.. hurm nak tau lbey lanjut leh ja tanya.kat frenster or myspace aku pon ley gak. xda masalah..
View my complete profile